Post by Suriya Osman on Oct 18, 2008 11:40:38 GMT 8
Kecerdasan emosi merangkumi kepandaian interaksi sosial dan menekankan kesan emosi keatas keupayaan kita untuk melihat sebuah situasi secara objektif dan memahami diri kita dan juga orang lain.
Ia adalah kebolehn menjangkau , memahami, dan mengapilaksikannya kuasa emosi dengan berkesan sebagai sumber daya kreatif dan pengaruh.
We like to call it 'Heart Intelligence' as balancing and integrating the head. Sebenarnya ia adalah kecerdasan mata hati yang boleh mengimbangi pemikiran kita dan melibatkan kegunaan otak kita secara menyeluruh.
Emosi adalah sumber utama tenaga penggerak manusia .Aspirasi dan daya maju terhasil bila kita dapat menyelami perasaan yang terletak jauh di lubuk hati berkenaan tujuan kehidupan kita. Maka tujuan hidup menjadi nilai murni yang kita jadikan sebagai kemudi kehidupan kita. Faktor utama persepsi dan cara kita lihat sesuatu adalah hasil pengalaman masa silam kita dan juga sistem kepercayaan yang diwarisi . Kita akan bertindak , sama ada dengan cara reaktif dan merugikan diri dan kelompok kita atau , kita boleh bertindak dan beri respons dengan cara proaktif dan bertanggung jawab. Sebenarnya, tanpa kesedaran tentang diri kita dan juga sistem kepercayaan kita , tanduk tanduk kita adalah secara automatis , diluar kawalan kesedaran kita dan hanya kemudian selepas melihat akibat tindak tanduk itu mungkin kita akan rasa menyesal. Kalau menyesal , itu sudah baik sebab ia akan bawa kesedaran untuk berubah tetapi pada banyak ketika dan masa kita akan terus mempertahankan pegangan kita tanpa mahu mengkaji semula keberannya .
Sebenarnya , kejayaan kehidupan banyak bergantung bukan kepada kecerdasan intellek atau IQ tetapi lebih banyak bergantung kepada kecerdasan emosi atau EQ.Sifat seperti kepercayaan , keutuhan, daya kreatif, kejujuran , kenjalan, sifat pemaaf dan memberi tumpuan adalah sama mustahak dengan IQ.